Muhyiddin tampilkan tokoh politik berpengalaman, teknorat dan pakar

Iklan
Muhyiddin Yassin. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menampilkan barisan tokoh politik berpengalaman, teknorat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Menurutnya, beliau akan memastikan menteri yang dilantik memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan selain peduli rakyat serta telus.

Iklan
Iklan

"Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah berintegriti, semua anggota kabinet telah melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan kabinetnya adalah sebuah kabinet yang berfungsi serta dapat

Iklan

menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus, empat menteri kanan dilantik bagi membantunya menyelaras hal ehwal kabinet.

"Ia berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial," katanya.

Iklan