Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri

Iklan
Muhyiddin semasa mengumumkan pelantikan para Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra hari ini. - FOTO: ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Buat julung kalinya, pentadbiran kerajaan Persekutuan tidak mempunyai jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada keperluan untuk jawatan tersebut buat masa ini.

Iklan
Iklan

"Empat menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan dalam negara.

"Dengan adanya menteri ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik," katanya.

Iklan

Menurutnya, menteri kanan tersebut akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

"Ini bagi memastikan Kabinet saya adalah sebuah Kabinet yang berfungsi serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus," katanya pada sidang media pengumuman barisan Kabinet di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Empat menteri kanan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.