PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menerajui Kementerian Kewangan.
Tengku Zafrul, 46, merupakan teknorat bukan ahli politik yang dilantik membarisi Kabinet.
Beliau akan dilantik sebagai Senator bagi menjawat jawatan tersebut.
Berpengalaman selama 24 tahun dalam industri kewangan, Tengku Zafrul akan dibantu oleh dua timbalannya, Datuk Abd Rahim Bakeri dan Mohd Shahar Abdullah.
Sementara itu,dalam kenyataannya, Tengku Zafrul terharu dengan tanggungjawab besar tersebut terutama ketika negara berdepan dengan cabaran ekonomi.
"Saya berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada negara dan berharap dapat berkhidmat dengan semua pihak berkepentingan," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi peluang kepadanya.
"Dengan rasa rendah diri saya menerima tanggungjawab yang penting dalam masa kedudukan ekonomi yang sangat mencabar ini," katanya.