Penyokong parti perlu berlapang dada, kata Ahmad Zahid

Iklan
Zahid

PUTRAJAYA - Penyokong parti perlu berlapang dada menerima keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelantikan mana-mana Ahli Parlimen sebagai anggota jemaah menteri, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Perdana Menteri tentunya telah mengambil kira semua aspek sebelum memutuskan memilih wakil rakyat berkenaan untuk dipersembahkan bagi diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai anggota Kabinet.

Iklan
Iklan

"Kita harap penyokong di bawah walaupun mendoakan dan mengharapkan ahli Parlimen mereka menjadi menteri atau timbalan menteri berlapang dada dan berhati terbuka menerima keputusan perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk serta beberapa ahli Parlimen lain termasuk dari Sabah dan Sarawak mengadakan pertemuan kira-kira satu jam setengah bersama Muhyiddin di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, langkah Muhyiddin memanggil semua ahli Parlimen untuk diberikan penerangan sebelum senarai anggota Kabinet diumumkan merupakan satu pendekatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Mengenai janjinya untuk tidak dipilih menjadi sebahagian daripada ahli jemaah menteri, Ahmad Zahid berkata, keputusannya itu adalah muktamad.

Iklan

"...dan saya tidak berhasrat untuk menarik atau mengubah keputusan itu kerana keputusan saya itu adalah muktamad," katanya. - Bernama