Jaringan Mauricio dinobat gol terbaik

Iklan
Mauricio menyumbang gol kemenangan JDT ketika menentang Suwon Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu. FOTO: FB JST

Tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mauricio Dos Santos Nascimento telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah gol terbaik mingguan Allianz pada pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi laman sesawangnya, www.the-afc.com memaklumkan, pemain berusia 31 tahun itu menerima undian tertinggi, 93 peratus daripada 7,422 peminat yang mengundi dalam laman web AFC.

Iklan
Iklan

Dua pemain Australia, Terry Antonis dari Suwon Samsung Bluewings dan Trent Buhagiar dari Sydney FC, masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas menerima lima peratus dan dua peratus undian.

Mauricio menanduk masuk bola hasil hantaran Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-73 untuk memberi JDT kemenangan 2-1 ke atas kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings pada aksi kedua Kumpulan D ACL 2020 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri minggu lalu.

Iklan
Iklan

JDT kini berada di tempat kedua Kumpulan D dengan tiga mata manakala Vissel Kobe dari Jepun menduduki tangga teratas dengan enam mata selepas dua perlawanan.