Penjara lima tahun jika langgar arahan kuarantin

Iklan
Pihak berkuasa kesihatan memeriksa pemandu yang mahu menjalani ujian pemeriksaan 'drive-in' di Nuertingen di selatan Jerman. - Foto AFP

MOSCOW - Amaran tahap tertinggi dikuatkuasakan di Rusia selepas pihak berkuasa mula menguatkuasakan langkah tambahan untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) selepas 15 kes jangkitan dilaporkan.

Kelmarin, Dewan Perbandaran Moscow mengumumkan amaran tegas terhadap mana-mana individu yang gagal untuk melakukan langkah kuarantin sendiri di rumah selama dua minggu selepas kembali dari negara terjejas wabak tersebut.

Iklan
Iklan

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

"Arahan ini berkuat kuasa kepada mereka yang pulang dari China, Korea Selatan, Iran, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol serta negara berisiko lain,” jelas Dewan Perbandaran Moscow dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, langkah pengasingan sendiri itu akan turut dipantau menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV). - Agensi