Polisi 'jangan sentuh' Presiden Filipina

Iklan
Rodrigo Duterte

MANILA - Orang ramai tidak dibenarkan menyentuh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di bawah langkah baharu diumumkan semalam selepas penularan koronavirus (Covid-19) dan kes jangkitan tempatan dilaporkan di negara itu.

Pengumuman itu dibuat selepas Duterte, 74, didakwa berada dalam kumpulan umur berisiko dijangkiti yang telah terbukti wabak itu membahayakan warga emas.

Iklan
Iklan

"Kumpulan Keselamatan Presiden (PSG) akan melaksanakan polisi tidak boleh sentuh antara beliau dan orang awam. Mana-mana individu yang mahu mendekati Duterte perlu menjalani ujian pemeriksaan," kata Komander Jesus Durante.

Pemimpin tersebut yang menjadi individu tertua dilantik sebagai Presiden turut mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk migrain dan myasthenia gravis, keadaan yang menyebabkan kelemahan pada otot.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan kes jangkitan tempatan melibatkan separuh daripada 20 kes didiagnos positif sejak bulan lalu. - Agensi