Singapura hormati inisiatif Azmin adakan lawatan

Iklan
Mohamed Azmin Ali

SINGAPURA - Singapura mengalu-alukan inisiatif Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melakukan lawatan dan bermesyuarat dengan para menteri republik itu, menurut Kementerian Luar Negeri Singapura (MFA).

Ini walaupun dengan penangguhan mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), yang pada asalnya dijadualkan esok.

Iklan
Iklan

MFA berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Luar Malaysia yang menyatakan bahawa Mohamed Azmin akan bertemu dengan rakan sejawatannya, Lawrence Wong yang merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan bagi membincangkan pelbagai isu dua hala antara Malaysia dan Singapura.

"Ini memperlihatkan bahawa betapa hubungan antara kedua-dua negara masih kukuh," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut Wisma Putra mesyuarat itu akan membentuk langkah positif seterusnya hasil pertemuan dua hala antara Menteri Luar Malaysia dan Singapura pada 8 Januari lepas.

Menteri Luar kedua-dua negara kini saling berhubungan dan bersetuju bahawa kedua-dua pihak harus sentiasa bertenang dan"tidak mensensasikan perkara tersebut.

Iklan

Wisma Putra yakin momentum penglibatan antara Malaysia dan Singapura sekarang akan diteruskan dan mengulangi komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Singapura berdasarkan kesaksamaan dan hormat-menghormati.

Mohamed Azmin dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat JMCIM itu.- Bernama