Dr Mahathir, Anwar didakwa tidak lagi sehaluan

Iklan
Saifuddin ketika ditemui media pada program Pertahan Mandat Rakyat di Pusat Konvensyen Sime Darby malam tadi.

KUALA LUMPUR - Ketidakhadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Pertahan Mandat Rakyat malam tadi mencetuskan khabar angin dalam kalangan ahli serta penyokong mengenai hubungan beliau dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak lagi sehaluan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikannya dengan alasan Dr Mahathir tidak dapat menghadiri program itu kerana baru pulang dari Langkawi.

Iklan
Iklan

"Saya akan jumpa Dr Mahathir esok (hari ini). Saya berhubung dengan Dr Mahathir sampai petang tadi (semalam).

"Pakatan Harapan (PH) mengundang Dr Mahathir untuk berucap pada program ini kerana gabungan ini dahulu mencalonkan beliau sebagai Perdana Menterii," katanya ketika ditemui media pada program itu di Pusat Konvensyen Sime Darby malam tadi.

Iklan
Anwar dan Tun Dr Mahathir

Menurutnya, hubungan Dr Mahathir dan PH masih baik malah gabungan dalam PH juga masih utuh.

"Beberapa ahli Bersatu terutamanya akar umbi dari Perlis dan Sabah berada di sini bersama kami malam ini, kami masih utuh," katanya.

Iklan

"Program dihadiri semua parti gabungan termasuk Anwar, Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) dan Lim Kit Siang (Ketua DAP)

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan menyalahkan Anwar dan PH kerana menyebabkan beliau gagal dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir mendakwa kerajaan PH runtuh kerana pada saat genting kemelut politik tempoh hari, PH menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar pula sebagai tindak balas, mempersoalkan mengapa beliau dipersalahkan setelah menunggu dengan sabar untuk Dr Mahathir menghormati janjinya pada tahun 2018 untuk menjadikannya Perdana Menteri yang baharu.