Berikan saya ruang, doakan saya ya: Radzi Jidin

Iklan
Mohd Radzi Md Jidin

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memohon diberi peluang untuk melonjakkan kualiti pendidikan tanah air.

Katanya, beliau sedar rakyat meletakkan harapan tinggi supaya sistem pendidikan negara dapat melahirkan generasi cemerlang.

Iklan
Iklan

"Saya menerima amanah ini dengan penuh keinsafan.

"Berilah peluang dan ruang kepada saya untuk melakukan yang terbaik demi tanah air tercinta ini. Doakan saya, ya," katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Iklan

Mohd Radzi menyifatkan pelantikannya sebagai tanggungjawab berat terutama dalam usaha memastikan kualiti pendidikan negara dapat melonjak ke peringkat lebih tinggi.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai Menteri Kanan, Menteri Pendidikan," katanya.

Iklan

Ketika pemerintahan Tun Mahathir Mohamad, Mohd Radzi dilantik sebagai Senator untuk jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.