KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki cedera di muka dan badan selepas dibelasah dengan besi oleh rakannya di Surau Al-Iman di Kampung Losong Panglima Perang, di sini, pada Selasa lalu.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 45 tahun diserang lelaki dikenali tanpa diketahui punca dalam kejadian kira-kira 8 malam.
"Mangsa yang berada di dalam surau sedang menunggu untuk solat Isyak tiba-tiba dipanggil suspek. Tanpa sebarang syak, mangsa segera menghampiri suspek yang ketika itu berada tidak jauh darinya.
"Bagaimanapun, tanpa disangka, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebatang besi lalu memukul mangsa. Akibat kejadian itu mangsa mengalami luka dan bengkak di bahagian mata kanan dan sakit di bahagian dada,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan suspek kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga di sini dan susulan laporan itu, suspek berusia 27 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Losong Haji Mat Shafie kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam.
Sementara itu, suspek kini di reman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan benda berbahaya.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif.