PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini bagi mendapatkan maklumat berhubung perkembangan terkini koronavirus (Covid-19).
Ketibaan Muhyiddin pada jam 9.55 pagi disambut oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai KKM.