Gempa bumi gegar Tibet

Iklan
Wilayah Autonomi Tibet, China dilanda tiga kali gempa bumi di mana satu daripadanya berkekuatan 5.0 pada skala Richter hari ini.

LHASA - Wilayah Autonomi Tibet, China dilanda tiga kali gempa bumi di mana satu daripadanya berkekuatan 5.0 pada skala Richter hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bermagnitud 5.0 itu dengan pusat gempa bumi pada 32.84 darjah utara dan 85.52 darjah timur, menggegar daerah Gerze di wilayah Ali pada jam 2.12 pagi.

Dua lagi gegaran berkekuatan 3.7 dan 3.4 pada skala Richter.

Iklan

Timbalan Ketua Biro Hal Ehwal Awam, Sonam Daje berkata, siasatan awal mendapati tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat jam 10 pagi.

Pusat gempa itu terletak di sekitar kampung di Gerze dan kebanyakan penduduk sedang tidur ketika kejadian.

Iklan

Gerze adalah daerah terbesar di wilayah Ali, dikenali sebagai pusat industri penternakan. - Bernama