Yakin pengalaman, kepimpinan Reezal Merican

Iklan
Reezal

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) percaya pengalaman, kepimpinan, dan kewibawaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mampu membawa sukan negara ke aras yang lebih cemerlang dan terbilang di persada antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, pentadbir Liga Malaysia itu mengalu-alukan pelantikan Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum senarai Kabinet, lantik empat menteri kanan

"Di pihak MFL, kami akan sentiasa memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan sepenuhnya kepada beliau dalam meneruskan kesinambungan tugas dan meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan sukan khususnya bola sepak tanah air,” kata Ab Ghani dalam satu kenyataan ringkas dalam laman Facebook MFL hari ini.

Iklan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kabinetnya merangkumi 31 menteri pada sidang akhbar khas di, Putrajaya semalam. - Bernama

Iklan