Ular sawa 'check in' hotel

Iklan
Ular sawa batik yang dikesan berada dalam sebuah kawasan hotel di Bedong semalam.

SUNGAI PETANI - Anggota Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda semalam menangkap ular sawa batik sepanjang 3 meter yang dikesan menyelinap masuk ke kawasan hotel dekat Bedong.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.33 pagi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Anggota pertahanan awam menangkap ular seberat 10 kilogram menggunakan alat bantuan khas," katanya.

Menurutnya, sebelum itu mereka turut menerima aduan mengenai penemuan haiwan itu dekat Kampung Permatang Gedung, Sungai Petani kira-kira jam 6.19 pagi.

Iklan

"Setibanya di lokasi, anggota penyelamat mengesan seekor ular sawa batik sepanjang dua meter dengan anggaran berat 14 kilometer dalam reban ayam.

Menurutnya, kedua-dua haiwan itu ditangkap dan dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Iklan