Vietnam wajibkan pengisytiharan kesihatan

Iklan
Gambar hiasan

HANOI - Bermula hari ini, Vietnam mewajibkan rakyatnya membuat pengisytiharan kesihatan, sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Langkah itu disyorkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19, Vu Duc Dam.

Iklan
Iklan

Menurut agensi berita Vietnam (VNA) beliau membuat pengumuman itu pada mesyuarat jawatankuasa di Hanoi pada Ahad.

Beliau turut meminta Kementerian Penerangan dan Komunikasi, Kementerian Kesihatan, Keselamatan Sosial dan semua pihak berkaitan, merancang dan menyediakan peralatan serta teknologi sesuai untuk membolehkan pengisytiharan dibuat secara dalam talian.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri itu juga mahu pihak berkaitan memperkenalkan langkah-langkah seperti melarang rakyat Vietnam melakukan perjalanan ke negara yang terjejas Covid-19 dan rakyat tidak berkunjung ke luar negara kecuali keadaan benar-benar memerlukan.

Pengisytiharan kesihatan juga diwajibkan kepada semua penumpang yang tiba di Vietnam mulai 7 Mac.

Iklan

Ia boleh dibuat di laman web http://www.suckhoetoandan.vn/khaiyte, atau di lapangan terbang.

Sehingga 8 Mac, Vietnam mempunyai 30 kes jangkitan, 16 daripadanya telah pulih. - Bernama