PDRM ucap tahniah pelantikan Hamzah terajui KDN

Iklan
Hamzah - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin atas pelantikannya sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu.

Ucapan yang sama turut diberikan kepada Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Jonathan Yassin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

"Semoga kepimpinan baharu ini akan membawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan semua jabatan di bawahnya ke arah mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang serta efisien kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook rasmi PDRM hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 31 menteri Kabinet angkat sumpah di hadapan Agong

Iklan

Muhyiddin umum senarai Kabinet, lantik empat menteri kanan

Hamzah antara 31 menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Iklan

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu semalam. - Bernama