KULAI - Lagi himpunan aman diadakan, kali ini melibatkan keahlian Dewan Pemuda Pas negeri Johor (DPNJ), Pemuda Umno Kulai dan tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) negeri, Kulaicare serta Alternatif Riding Club Johor di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sini, hari ini.
Dalam himpunan itu, kira-kira 100 individu hadir menyatakan bantahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini yang diketuai oleh Ketua DPNJ, Juwahir Amin.
Terdahulu, Juwahir turut membuat laporan polis terhadap Senator P Waytha Moorthy berikutan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengeluarkan kenyataan melalui sidang media di luar negara dan video kenyataan beliau telah tular baru-baru ini.
Dakwanya, Waytha Moorthy telah membuat kenyataan mengenai agama Islam dan perkara 153 Perlembagaan Malaysia kepada wartawan di luar negara.
"Beliau (Waytha Moorthy) juga memberitahu kebanyakkan India beragama Hindu dan lahir dalam Hindu dipaksa untuk menukar agama jika mahu bekerja di jabatan kerajaan atau mahu mendapat penajaan pelajaran dan sebagainya.
"Selain itu, ribuan daripada kuil telah dirobohkan sepanjang 54 tahun lalu sejak kemerdekaan dan dijangkan 10,000 kuil telah dimusnahkan setakat ini dan masih berbaki 23,000 kuil berisiko untuk dimusnahkan.
"Kerajaan juga dikatakan dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan surat pemilikan tanah kepada tempat-tempat ibadat ini," katanya.
Beliau mendakwa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengeluarkan kenyataan tentang anak-anak India yang cemerlang dalam pelajaran, tidak diberi penajaan sedangkan orang Islam menerima penajaan seramai 90 peratus dengan penempatan di universiti majoriti Melayu Muslim.
"Oleh itu, kenyataan tersebut di dalam video itu adalah fitnah dan tidak benar. Beliau juga membuat kenyataan tanpa bukti sahih dan fakta yang jelas.
"Malah, kenyataan itu boleh memburukkan negara dan merupakan pengkhianatan yang boleh mengguris sebahagian rakyat Malaysia," katanya.