[VIDEO] Rambut disambar api masa nak tiup lilin kek hari jadi

Iklan
Paparan Twitter Dienul tular di laman sosial setelah memuat naik video insiden api menyambar rambutnya ketika meniup lilin.

KUALA LUMPUR - Hasrat untuk berseronok dengan kejutan sambutan hari lahir daripada rakan-rakan tidak kesampaian bahkan seorang lelaki nyaris ditimpa malapetaka berikutan rambutnya disambar api ketika hendak meniup lilin pada kek hari jadinya.

Dienul Auzarie Azlam berkata, kejutan sambutan hari lahir itu dirancang oleh rakan-rakannya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30, semalam dan mereka menggunakan 'flaying snow' bagi memeriahkan lagi suasana.

Iklan
Iklan

"Sambil mereka menyanyikan lagu hari lahir untuk saya, mereka menggunakan semburan 'flaying snow' ke arah saya yang sedang di hadapan lilin. Saya tundukkan kepala dan api lilin sambar rambut saya.

"Semua orang jadi panik. Kawan lelaki saya yang sedang rakam video terus berhenti dan cepat-cepat membantu memadamkan api di rambut saya. Api marak dalam beberapa saat sahaja tetapi memang rasa bahang. Syukur ketika itu, saya pakai cermin mata, bulu mata, kening semua selamat tapi misai janggut terus hilang," ujarnya sambil bergurau.

Iklan

Menurut lelaki itu yang bekerja di Singapura, dia bersyukur kerana situasi pada masa itu terkawal dan dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat sambaran api.

Dienul Auzarie Azlam

"Alhamdulillah, tiada apa-apa yang serius berlaku. Baju saya pun tidak terbakar termasuk tiada kesan melecur di bahagian muka. Semua staf dalam restoran itu pun sangat prihatin dengan bertanyakan sama ada saya ok atau tidak selepas saya keluar dari tandas," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Iklan

"Keadaan saya baik, cuma rambut sahaja terbakar dan berlubang sedikit di bahagian tengah," ujarnya.

Dalam pada itu, Dienul Auzarie memberitahu, tujuan video mengenai insiden itu dimuat naik di media sosial adalah untuk diambil sebagai pengajaran supaya masyarakat lebih berhati-hati.

"Saya mahukan orang ramai lebih berwaspada terutama dalam penggunaan 'flaying snow' atau belon helium ketika meraikan apa jua majlis atau sambutan.

"Pengajaran ini amat bermakna buat kami semua dan berharap kejadian tersebut tidak berulang," katanya.

Video insiden tersebut yang dimuat naik di Twitter milik Dienul Auzarie sendiri, telah tular di laman sosial.

Setakat ini, video berkenaan sudah mencecah hampir 300,000 tontonan.