Topeng muka, sanitizer kini jadi barang sangat berharga

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KITA biasa mendengar minyak masak kehabisan stok di pasar raya. Kita juga kerap mendengar gula licin di rak kedai.

Selain permintaan melebihi pasaran, biasanya yang Merak Jalanan tahu barangan ini kehabisan stok disebabkan oleh sikap pengguna yang membuat pembelian panik.

Iklan
Iklan

Namun tahun 2020, lain pula ceritanya. Masih segar dalam ingatan Merak Jalanan, seorang rakan mengadu klinik-klinik di sekitar rumah di Taman Desa dan Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur kehabisan stok vaksin influenza.

Selesai cerita influeza, tiba-tiba dunia dikejutkan pula dengan ancaman koronavirus yang kini dirujuk sebagai Covid-19. Penangan Covid-19 pula rupa-rupanya jauh lebih bahaya daripada wabak penyakit berkaitan pernafasan biasa.

Iklan

Walaupun Malaysia berjaya mengekang gelombang pertama Covid-19 terutamanya melibatkan pelancong China, tetapi ia tidak bertahan lama. Gelombang kedua muncul tidak lama selepas itu.

Peningkatan angka individu positif Covid-19 menyebabkan sejak lebih seminggu lalu orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman Covid-19.

Iklan

Maka tidak hairanlah, barangan topeng muka dan 'hand sanitizer' (pencuci tangan) turut laris umpama pisang panas di pasaran.

Percaya atau tidak seorang rakan Merak Jalanan perlu membayar RM39 untuk 'hand sanitizer' yang sebelum ini cuma dijual RM19 sebotol.

Malah, usaha rakan itu untuk mendapatkan 200 keping topeng muka untuk kegunaan syarikatnya juga sangat sukar walaupun telah singgah di berbelas-belas buah farmasi dan klinik.

"Sudah habis stok, kalau mahu cari di Muar atau Batu Pahat,” kata seorang tauke farmasi kepadanya.

Situasi stok licin dan kenaikan harga barangan keperluan ini perlu dipantau kerajaan bagi memastikan semua orang boleh bersedia melawan Covid-19.