Haneesya juara Dewi Remaja Edisi 2018/2019

Iklan

PESERTA dari Kuala Lumpur, Haneesya telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2018/2019, pada episod kemuncak yang disiarkan secara langsung jam 10.30 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Haneesya atau sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 18, menewaskan empat lagi finalis Tia Sarah, 18, Sherin, 23, Anna Jobling, 18 dan Rania, 18.

Iklan
Iklan

Mahkota kemenangan disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose.

Menerusi kemenangan ini, Haneesya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.

Iklan

Tempat kedua dimenangi oleh Tia Sarah, manakala Sherin pula di tempat ketiga.

Diikuti tempat keempat Anna Jobling dan tempat kelima Rania.

Iklan

Sementara itu, Arena Iman memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan 100 peratus daripada undian peminat melalui laman web rasmi Dewi Remaja.

Mengisi cabaran untuk pusingan akhir, semua finalis diuji dengan dua tugasan akhir iaitu segmen Pesanan Khidmat Masyarakat dan sesi sesi soal jawab bersama panel juri.

Barisan juri terdiri daripada Datuk Hans Isaac selaku juri tetap dan Datuk Aznil Hj. Nawawi serta Neelofa sebagai juri jemputan.

Dihoskan oleh pemenang Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya, Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru ini bermula pada November lalu, membabitkan 12 peserta.

Selama tujuh minggu, mereka diuji dengan pelbagai termasuklah cabaran fizikal, catwalk, keusahawanan, pengacaraan vlog, lakonan dan kempen kesedaran.

Peserta lain yang turut terpilih dalam Top 12 dalam edisi kali ini ialah Arena Iman, 19; Lydia Del Sal, 20; Aween, 20; Rasya, 22; Zeera Azizi, 22; Ernisha, 23 dan Faz, 20.