Pasar Bisik Kuala Muda

Iklan
Orang ramai membeli hasil laut terutamanya ikan pelaling dan ikan kembung yang dijual secara pukal dengan harga yang berpatutan daripada nelayan di Pasar Bisik Kuala Muda Penaga hari ini.

Suasana pasar berkenaan diibaratkan seperti pesta dengan kebanjiran orang ramai yang datang untuk membeli ikan itu dengan harga rm25 sebakul.

Sejak dua minggu lalu kawasan Kuala Muda Penaga telah bertukar menjadi tapak pesta apabila dibanjiri kehadiran pengunjung yang datang dari pelusuk daerah untuk membeli hasil tangkapan laut terutamanya ikan pelaling dan kembung yang dijual sekitar 50 sen sekilogram. - Foto Bernama