Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama hari ini

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama jemaah menteri sebelum mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 31 menteri yang dilantik.

Iklan
Iklan

Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri.

Pada Isnin (9 Mac), Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet, yang buat pertama kali dalam sejarah negara tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Iklan

Muhyiddin sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum senarai Kabinet, lantik empat menteri kanan

Menteri-menteri Kabinet yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini semalam.

Iklan

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac.

Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Datuk Dr Farizah Ahmad. - Bernama