NEW YORK - New York akan menghantar Pengawal Negara ke kawasan khas dikategorikan sebagai lokasi utama wabak koronavirus (Covid-19) untuk membendung penularan, kata Gabenor Andrew Cuomo pada Selasa lapor agensi berita Xinhua.
Pada sidang akhbar, Cuomo berkata, pasukan itu akan dihantar ke New Rochelle, daerah Westchester untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan mengedarkan makanan.