SHAH ALAM - Sesi penyampaian amanat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berlangsung esok akan dimulai dengan solat sunat duha dan solat sunat hajat.
Majlis kesyukuran dan amanat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya dijangka bermula kira-kira jam 8.30 pagi.
Iklan
Iklan
Majlis yang dianggarkan berlangsung selama satu jam setengah itu dijangka berakhir pada jam 10 pagi.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, ketua agensi dan seluruh warga kementerian berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff telah melaporkan diri di kementerian berkenaan tepat jam 10 pagi hari ini.
Langkah beliau sebelum memulakan tugas dimulai dengan solat sunat hajat bersama kakitangan KPWKM dengan diimamkan oleh Ustaz Mohd Zaid Jumali.
Turut mengiringi Siti Zailah, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Halimah Ali dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP), Dr Rosni Adam.