Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap elak penularan Covid-19

Iklan
Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalani imbasan suhu terhadap para pelancong dari Satun, Thailand yang menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi di pintu masuk Jeti Penumpang Antarabangsa Kuah hari ini. - Foto Bernama

LANGKAWI - Sebuah syarikat feri penumpang ke Langkawi mengambil inisiatif membersihkan semua feri-ferinya secara lebih kerap bagi mengelak sebarang risiko penularan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan penumpang.

Pengurus Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, langkah itu juga bagi meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus berkunjung ke Langkawi.

Iklan
Iklan

"Kebiasaannya, kami akan melakukan kerja pembersihan feri setiap enam bulan sekali tapi susulan isu Covid-19 ini kami akan membersihkan feri-feri dengan lebih kerap lagi.

"Semua feri yang terlibat adalah sebanyak 35 buah membabitkan semua laluan ke Langkawi termasuk dari Satun dan Koh Lipe, Thailand selain Pulau Payar, Pulau Pinang; Kuala Kedah, Kedah dan Kuala Perlis, Perlis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Iklan
Pekerja feri penumpang ke Langkawi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengambil inisiatif membersihkan 35 buah feri secara lebih kerap bagi mengelak sebarang risiko penularan Covid-19 di kalangan penumpang tempatan dan antarabangsa di Jeti Penumpang Antarabangsa Kuah hari ini. - Foto Bernama

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Jabatan Laut Langkawi, Ghazali Ahmad.

Sebelum ini, jumlah pelancong ke Langkawi dilaporkan merosot susulan Covid-19 sehingga menjejaskan industri perhotelan, agensi pelancongan dan pusat beli-belah di pulau ini.

Iklan

Kerajaan Kedah sebelum ini telah bersetuju melaksanakan pengecualian cukai perkhidmatan hotel kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi bagi tempoh enam bulan bermula 4 Mac lepas bagi merancakkan kembali sektor pelancongan di situ. - Bernama