Mayat terapung di tengah Sungai Perak

Iklan
Gambar hiasan

PARIT - Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di tengah Sungai Perak berhampiran Pam Pasir 1, Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mayat tersebut dijumpai oleh penduduk kampung sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada jam 7.50 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, khidmat Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dipanggil dan mayat tersebut berjaya dinaikkan pada jam 10.40 malam.

"Pemeriksaan mendapati mayat itu dipercayai berusia lingkungan hujung 20-an dan memakai baju-T bertulis Atlanta Monster warna coklat kekuningan dan berseluar jeans biru pendek.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menemui dompet serta sesalinan dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Barudin berkata, dokumen itu tertera nama sebagai Hosnan, 27, dipercayai berasal dari Tanjung Perak, Indonesia.

Iklan

"Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri itu belum dapat disahkan. Cap jari akan diambil untuk pengesahan identiti sebenar mayat tersebut.

"Pemeriksaan keseluruhan tubuh juga tidak menemui apa-apa kecederaan fizikal akibat perlakuan jenayah dan dipercayai telah meninggal dunia tiga hari sebelum mayat ditemui,” katanya.

Katanya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga menerima laporan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Changkat Melintang.