Pusara bernombor syuhada Palestin realiti kezaliman Israel

Iklan
Ibu Allahyarham Mohammad Ali

GAZA- Bagaimanakah perasaan anda sekiranya jasad ahli keluarga yang disayangi tidak dapat ditatap buat kali terakhir atau dikebumikan menurut ajaran Islam?

Lebih menyayat hati apabila jasad yang ditembak dan sudah tidak bernyawa itu diperlakukan umpama binatang, diseret dan dilanggar dengan jentolak.

Iklan
Iklan

Allahu Akbar! Begitulah antara penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung rakyat Palestin sejak kewujudan negara Israel di bumi Palestin lebih 70 tahun lalu.

Februari lepas, sebuah klip video yang memaparkan betapa kejam dan tidak berhati perut tentera Israel terhadap jasad Mohammed Ali al-Naim, 27, warga Palestin yang ditembak mati sebelum mayatnya diseret dengan jentolak.

Iklan

Klip video pendek yang tular itu menunjukkan jentolak tentera Israel mengaut dan menyeret jasad Mohammed Ali al-Naim yang ditembak di sempadan Israel-Gaza pada 23 Februari lepas serta diperlakukan umpama bangkai seekor binatang.

Tindakan kejam tentera Israel terhadap jasad Mohammed Ali tidak berhenti di situ sahaja. Lebih menyedihkan apabila mayat pemuda Palestin itu tidak pun diserahkan kepada waris atau keluarganya.

Iklan

Penulis mengikuti secara dekat kisah kekejaman tentera Israel terhadap mangsa dan kata-kata ibu Allahyarham Mohammad Ali,"Aku hanya mahukan mayatnya! ”, masih jelas di ingatan dan penulis masih tertanya-tanya di manakah jasad syuhada itu disimpan tentera Israel?

Masyarakat dunia sedar dan banyak mendengar tentang nasib warga Palestin yang terbunuh atau dibunuh akibat tembakan tentera Israel. Namun, rata-ratanya tidak kisah sama ada jenazah mangsa dikembalikan atau tidak kepada anggota keluarga untuk kebumikan.

Hakikatnya, kebanyakan jenazah para syuhada yang terbunuh itu akan dijadikan 'taruhan' semasa proses rundingan sesuatu isu dengan tujuan memberi tekanan kepada warga Palestin.

Dasar dan kekejaman terhadap mayat warga Palestin sebenarnya sudah lama berlaku dan ‘’diluluskan” kepada tentera Israel sejak berakhirnya Mandat British atas Palestin pada 1948.

Israel bertindak meneruskan dasar serupa, bahkan mewujudkan"pusara bernombor" untuk menguburkan jenazah rakyat Palestin.

Tanah perkuburan bernombor itu lazimnya terletak di zon tentera dan di Semenanjung Gaza. Di pusara ini, jenazah warga Palestin dikuburkan tanpa nama, sebaliknya pusara mereka hanya ditandakan dengan nombor.

Dilaporkan Israel masih menyimpan 255 mayat warga Palestin di pelbagai kawasan pusara bernombor dan pihak Pusat Bantuan Guaman dan Hak Asasi Manusia Jerusalem turut melaporkan terdapat 52 mayat disimpan kerajaan Israel sejak 2016.

Namun tidak diketahui jumlah sebenar pusara bernombor berkenaan, namun Salwa Hammad seorang peguam dan penyelaras kempen bagi menuntut kembali mayat para syuhada Palestin, pernah menganggarkan bahawa terdapat enam pusara bernombor seumpama itu.

Tentera Israel dikatakan bertindak menyimpan mayat rakyat Palestin sebagai tindakan menghukum mereka dan keluarga secara kolektif.

Rentetan daripada dasar yang tidak berperikemanusiaan ini, rakyat Palestin sering mengalami kesengsaraan psikologi dan terpaksa menunggu berpuluh-puluh tahun lamanya bagi menuntut dan mendapatkan kembali jenazah ahli keluarga yang tersayang.

Sudah terdapat ramai rakyat Palestin yang terseksa dan teraniaya akibat kerakusan serta kekejaman dasar Israel itu.

Ini termasuklah Mohammed Nassar sebagaimana dilaporkan oleh media Palestin, bahawa beliau belum dapat menatap wajah jasad anaknya, Shadi, yang terkorban sejak 15 tahun lepas.

"Kami sentiasa gementar... walaupun sudah 15 tahun berlalu, kadang-kadang berasa curiga sama ada dia benar-benar mati kerana kita tidak dapat mengebumikan jasadnya. Ini benar-benar suatu bentuk penyeksaan psikologi terhadap kami. Setiap hari, ia sangat menyeksakan," kata Mohammed Nassar.

Dalam satu kes berasingan, pada 2014, Israel menyerahkan jenazah seorang remaja, Majdi Khanfar, 12 tahun selepas dia dibunuh semasa Intifada Kedua.

Sementara itu, mayat seorang lagi syuhada, Hafez Abu Zant pula diserahkan pada 2011, selepas 35 tahun disimpan oleh tentera Israel.

"Sekiranya mayat diterima dari pusara bernombor, cebisan tubuh mangsa akan dimuatkan dalam satu beg hitam - ada yang berisi tulang-belulang, tanah dan pakaian mangsa," kata Salwa Hammad.

Jenazah atau jasad para syuhada Palestin ini mungkin diserahkan kepada waris, namun keluarga yang rindu untuk menatap wajah mangsa tidak pasti sama ada mayat yang diterima itu adalah betul-betul anak atau ahli keluarga mereka, atau pun mungkin jasad berkenaan dibedah bagi mengeluarkan organ.

Ini kerana, pada 2009, akhbar harian Sweden, Aftonbladet mendedahkan bahawa tentera Israel dipercayai mencuri dan mengeluarkan organ dari mayat rakyat Palestin yang mereka simpan.

Hal ini terbongkar apabila jasad seorang syuhada, Belal Ghanem yang diserahkan kepada keluarganya didapati mempunyai kesan jahitan yang panjang akibat pembedahan pada perut mangsa.

Sehingga saat ini, Israel terus-menerus melanggar undang-undang antarabangsa dengan menyimpan jasad rakyat Palestin di pusara bernombor.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula belum mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, ibarat"sudah jatuh ditimpa tangga” rakyat Palestin bukan sahaja kehilangan tanah air mereka tetapi juga hak untuk memandikan, mengkafan, solat dan mengebumikan mayat ahli keluarga dengan sempurna. - BERNAMA