GOMBAK - Rumah Raudhatul Al-Faeez yang menempatkan 30 anak yatim dan asnaf di Sg Salak Batu 10 di sini terbakar tengah hari tadi.
Penyelianya, Zahrina Mohd Saat berkata, api bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh kawasan rumah memusnahkan asrama, bilik belajar termasuk sembilan komputer dan barang sekolah pelajar.
"Kejadian berlaku waktu solat Jumaat ketika 11 penghuni ke masjid sementara yang lain dah pulang kampung kerana sudah mula cuti sekolah.
"Yang tinggal hanya lima pekerja terdiri tukang masak dan pengurus. Alhamdulillah semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurutnya, mereka akan tinggal di pusat pemindahan dan mencari rumah sewa sementara menunggu pusat jagaan itu dibaiki.