KLANG - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta hari ini susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.
HTAR dalam satu kenyataan di laman sosial rasmi Facebooknya memaklumkan, langkah itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital berkenaan.
Iklan
Iklan
"Selain mengehadkan bilangan pelawat, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun juga dilarang sama sekali melawat ke wad.
"Tempoh lawatan ke wad juga dipendekkan kepada jam 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan hujung minggu," menurut kenyataan itu.
HTAR turut menjelaskan, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak.-Bernama