Tedung selar sembunyi dalam kotak

Iklan
Ular sepanjang lima meter itu berjaya ditangkap.

SIK - Seorang wanita terkejut melihat tedung selar bersembunyi di dalam kotak di dapur rumahnya di Kampung Kota Bukit, baru-baru ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt (PA) Haisul Aisyah Mohd Napiah berkata, ular seberat 10 kilogram dan sepanjang lima meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik selepas menerima panggilan kecemasan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggotanya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut.

"APM menerima panggilan kecemasan pada jam 7.18 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

"Wanita yang menemui ular itu baru pulang mengambil anaknya di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sejurus tiba, dia terus ke ruangan dapur dan menjerit kerana terkejut melihat seekor ular di dalam kotak," katanya.

Orang ramai di daerah Sik dinasihatkan agar berhati-hati dan menghubungi APM Sik di talian 04-4698221 jika terdapat sebarang kes kecemasan.

Iklan