SHAH ALAM - Perbadanan Nasional (PNS) telah mengambil langkah proaktif bagi mencegah warga kerja daripada terdedah dengan wabak koronavirus (Covid-19) di Menara PNS, Bangsar South, Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan hari ini, PNS menyatakan proses pembersihan dan pembasmian virus telah dijalankan bermula pada 5 Mac hingga 8 Mac lalu bertujuan untuk memastikan persekitaran yang bersih untuk pekerja, penyewa dan pelawat sepanjang masa.