Padah ugut, pecah pasu bunga jiran

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU - Padah mengugut dan memecahkan pasu jiran, seorang lelaki didenda RM500 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu setelah tertuduh, Quah Lian Huat, 60, mengaku salah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memecahkan tiga pasu bunga dengan niat menyebabkan kerosakan harta benda milik Ee Chop Ler, 67, pada 8 Mac lalu kira-kira jam 9.45 pagi di sebuah rumah di Jalan Air Jernih.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Iklan

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa raya, Lee Ka Full.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa berada di rumah, tertuduh dan isterinya datang sambil memegang kayu dan mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan terhadap mangsa.

Iklan

Semasa beredar, tertuduh telah mengangkat tiga pasu milik mangsa, lalu memecahkannya.