KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp bahawa TNB Bangsar antara senarai dilanda wabak koronavirus baharu (Covid-19).
Dalam kenyataan rasminya di Facebook, TNB menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan maklumat yang diterima di media sosial.
Iklan
Iklan
"TNB telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dengan melakukan saringan kesihatan kepada semua warga kerja dan pelawat.
"Di samping itu juga melaksanakan proses nyah kuman yang melibatkan Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar, Wisma TNB di Jalan Timur, Petaling Jaya dan semua cawangannya," menurut kenyataan itu.
TNB juga menasihatkan semua pelanggan dan warga kerja TNB dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan memakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.