IPOH - Tiga pemimpin Perikatan Nasional Perak dilihat memasuki pekarangan Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini hari ini.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tiba pada jam 2.25 petang diikuti Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tiba pada jam 2.45 petang.
Iklan
Iklan
Difahamkan, pertemuan itu adalah berkenaan pelantikan jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.
Sekitar jam 5 petang nanti, tujuh bekas Exco Kerajaan Negeri dijangka menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta.
Antara individu berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Azizi Baru dan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How.
Selasa lalu, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan perlucutan jawatan semua anggota Exco negeri itu.
Artikel Berkaitan