Negeri Sembilan perlu Menteri Besar baharu: AMK

Iklan
Nazree

SEREMBAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri ini mencadangkan supaya kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan dirombak susulan berlakunya perubahan politik semasa.

Naib Ketua AMK Malaysia, Nazree Yunus berkata, pilihan ada di tangan Pakatan Harapan (PH) ataupun Perikatan Nasional untuk menentukan dudukan semasa Menteri Besar.

Iklan
Iklan

"Muafakat politik perlu dimulakan, saya serahkan kebijaksanaan ini kepada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan untuk menentukan, memilih calon Menteri Besar baharu yang terbaik dalam kalangan yang layak.

"Rakyat Negeri Sembilan layak mendapat natijah yang lebih baik dalam kehidupan, kerjaya dan perniagaan mereka selaras dengan perkembangan landskap politik baharu dan pentadbiran di peringkat Persekutuan. Negeri kita tidak harus tertinggal, saya yakin untuk melihat wajah baharu kepimpinan Negeri Sembilan mendepani agenda ini demi kelestarian ekonomi rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tambahnya, Menteri Besar baharu itu nanti, wajar mempunyai kekuatan dan kaliber dalam mengisi nilai dan pembangunan holistik di Negeri Sembilan dengan citra yang dinamik sesuai dengan kedudukan negeri ini sebagai sebuah Negeri Beradat.

Katanya, sebagai sebahagian daripada rakyat Negeri Sembilan dan anak muda, pihaknya terpanggil menyatakan pandangan bahawa sudah tiba masanya kedudukan Menteri Besar semasa perlu ditentukan.

Iklan

Menurut Nazree, perkembangan politik negara ternyata memberi kesan terhadap daya tahan dan kemampanan ekonomi serta pembangunan Negeri Sembilan.