MELAKA TENGAH - Jabatan Kesihatan Melaka menjelaskan dakwaan mengenai kes positif koronavirus (Covid-19) di sebuah kilang pembuatan kereta di Alor Gajah seperti tular di media sosial masih dalam siasatan pihaknya.
Bagaimanapun pengarahnya, Dr Ismail Ali meminta orang ramai tidak perlu panik melihat gambar tular melibatkan petugas perubatan memakai pakaian perlindungan di pekarangan kilang berkenaan, sambil menyifatkanya prosedur biasa.
Iklan
Iklan
"Ia prosedur operasi standard bagi siasatan kes, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan merujuk kepada gambar yang tular itu, kes tersebut masih dalam siasatan.
"Sekiranya terdapat kemusykilan atau mendapatkan maklumat yang lebih sahih berhubung Covid-19 boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel: cprcmelaka@moh.gov.my," katanya.
Terdahulu, tular sekeping gambar kelihatan beberapa petugas perubatan memakai pakaian perlindungan bersama beberapa pekerja kilang yang turut memakai topeng muka selain terdapat sebuah ambulans di kilang tersebut.