Covid-19: India gantung visa pelancong

Iklan
Orang ramai memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran wabak Covid-19. Foto: AFP

NEW DELHI- India menggantung visa pelancongan dan menguatkuasakan larangan perjalanan antarabangsa dalam usaha negara itu mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19)

Semua kategori visa kecuali diplomatik, rasmi, pekerjaan dan yang berkaitan projek, digantung sehingga 15 April, umum kerajaan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Kemudahan tanpa visa kepada pemegang kad Kerakyatan Luar Negara India (OCI) - bukan warganegara tetapi berasal daripada keluarga India yang tinggal di luar negara - digantung sehingga 15 April.

Di samping itu, semua pelancong termasuk warga India, tiba dari atau telah melawat China, Itali, Iran, Korea Selatan, Perancis, Sepanyol dan Jerman selepas 15 Februari akan dikuarantin untuk tempoh minimum 14 hari.

Iklan

Langkah itu berkuat kuasa mulai 1200 GMT pada 13 Mac.

Pelancong, termasuk warga India, dinasihatkan menunda perjalanan tidak penting dan mereka boleh dikuarantin sekurang-kurangnya 14 hari semasa tiba di India.

Iklan

"Warga India dinasihatkan tidak ke luar negara jika tidak mempunyai urusan penting. Apabila mereka kembali, mereka perlu dikuarantin sekurang-kurangnya 14 hari," kata Kementerian Kesihatan.

India melaporkan lebih 60 kes Covid-19.

Pasaran saham India turut terkesan apabila mencatatkan penurunan lebih tujuh peratus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.

Covid-19 menjangkiti lebih 118,000 orang, menjejaskan 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, menurut WHO.-Bernama