Senarai MB, Exco Perak tular palsu: Saarani

Iklan
Datuk Saarani Mohamad

IPOH - Belum pun diumumkan pelantikan Menteri Besar Perak, kini tular senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kerajaan Perak.

Senarai yang tular di dalam aplikasi WhatsApp itu menamakan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ia dinafikan Saarani yang menganggap senarai itu tidak benar.

"Mengarut," itu kenyataan ringkas Saarani kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Terdahulu Saarani bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa bakal angkat sumpah MB Perak esok

Tiga pemimpin PN Perak sekali lagi menghadap Sultan Nazrin

Iklan
Senarai Exco Kerajaan Perak baharu yang tular di WhatsApp hari ini dinafikan Saarani.