Lelaki jarakkan diri dengan orang ramai guna cakera gergasi

Iklan
Lelaki ini memakai cakera gergasi itu ketika berkunjung ke pasar Testaccio di Rom. - Foto: Agensi

ROM - Seorang lelaki di Itali mempunyai cara tersendiri untuk menghalang jangkitan koronavirus (Covid-19) selepas ia diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Menerusi klip dikongsikan di Twitter, lelaki itu mengambil langkah ekstrem memakai cakera gergasi sebagai usaha untuk menjarakkan dirinya dengan orang ramai selepas 827 kematian dan 12,462 kes jangkitan dilaporkan di Itali.

Iklan
Iklan

Cara kreatif individu tersebut ketika berkunjung ke pasar Testaccio di Rom turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ketika disoal individu yang merakamkan gelagatnya tentang apakah tujuan jarak keselamatan itu, lelaki itu dengan pantas menjawab,"Untuk koronavirus."

Iklan
Iklan

Jarak sosial yang disarankan WHO adalah pada kira-kira 1 meter dengan individu lain yang batuk atau bersin memandangkan titisan cecair yang dibebaskan itu mungkin mengandungi virus. - Agensi