Paintball boleh popularkan nama Malaysia

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

DUA minggu berturut-turut, Merak Jalanan berpeluang bermain paintball. Sukan ini dikategorikan sebagai sukan ekstrem kerana sukan ini memerlukan kepantasan, strategi dan fokus untuk mengalahkan pasukan lawan.

Merak Jalanan melihat sukan ini boleh pergi jauh. Sebelum ini, paintball terpalit dengan isu senjata api kerana peralatan yang digunakan atau dinamakan marker menyerupai senjata kerana mengeluarkan bebola cat atau projektil.

Iklan
Iklan

Penghakiman Mahkamah Tinggi Malaya pada 14 Februari 2019 memutuskan bahawa paintball marker tidak dikawal selia di bawah Akta Senjata 1960.

Tahun ini, sukan paintball kembali rancak dengan pasukan-pasukan lama menyarung semula jersi bagi membuktikan pasukan terbaik di Malaysia dalam kategori masing-masing.

Iklan

Bagi Merak Jalanan, sukan ini mampu menjadi sukan yang boleh mengharumkan nama negara di peringkat dunia kerana sebelum ini Malaysia merupakan negara 'powerhouse' paintball di benua Asia.

Momentum sukan ini pada tahun 2008 hingga 2012 amat menggalakkan dengan beberapa pasukan dari Malaysia menjadi juara di kejohanan antarabangsa, namun malangnya sukan paintball ini tidak diberi perhatian serius oleh pihak berwajib seperti Kementerian Belia dan Sukan.

Iklan

Merak Jalanan berharap dengan adanya menteri KBS yang baharu, sukan ini boleh dimajukan lagi dan menjadi daya tarikan kepada anak muda kerana jiwa muda yang lasak amat sesuai dengan sukan ini.

Anak-anak muda yang mempunyai sifat ‘mahu membahayakan diri’ tidak perlu lagi berlumba di atas jalan dan mengancam nyawa orang lain, mereka boleh pilih paintball sebagai ganti kerana mereka boleh perang olok-olok.

Kepada yang belum mencuba paintball, cubalah sekali, pasti ia akan memberi keterujaan, ketakutan dan kegembiraan dalam masa yang sama!