Individu berisiko dilarang solat jemaah di masjid

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan individu yang baru pulang melawat negara berisiko dalam tempoh 14 hari untuk tidak menghadiri solat berjemaah.

Menurut Mohd Asri, ia termasuklah solat fardu atau Jumaat, di mana-mana masjid di negeri ini, sekiranya mempunyai simptom atau berisiko sebagai pembawa wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Mohd Asri berkata, solat berjemaah tidak diwajibkan sekiranya ia membawa kemudaratan kepada diri atau orang lain.

"Negara yang tersenarai berisiko mempunyai wabak Covid-19 adalah China, Korea Selatan, Jepun, Itali serta Iran," katanya.

Iklan

Mohd Asri turut menyarankan orang ramai agar mengamalkan Sunnah Nabi dengan menutup wajah ketika bersin.

Mohd Asri

"Sunnah ini membantu mencegah mudah tersebarnya virus dari orang yang bersin serta merupakan adab santun yang baik untuk diamalkan," katanya.

Iklan

Sementara itu, pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, Dr Sirajuddin Hashim mengesahkan tiada individu di negeri itu, yang dilaporkan positif Covid-19 seperti yang ditularkan.

Terdahulu, tular satu khabar angin mengatakan seramai 120 individu rakyat Perlis disahkan positif Covid-19 ekoran menyertai perhimpunan Jemaah Tabligh Malaysia di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.