[VIDEO] Sembur dahulu sebelum salam!

Iklan
Universiti Negeri Semarang (Unnes) mengambil langkah berwaspada dalam membendung wabak koronavirus (Covid-19) dengan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum graduasi bersalaman dengan canselor pada majlis konvokesyen menarik perhatian ramai.

JAWA TENGAH - Sebuah Universiti Negeri Semarang (Unnes) di Jawa Tengah, Indonesia mengambil langkah berwaspada membendung wabak koronavirus (Covid-19) dengan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum bersalaman dengan Canselor pada majlis konvokesyen.

Rakaman video dimuat naik di Twitter unviersiti @unnesmenfess tersebut dengan kapsyen, 'sembur dahulu sebelum berjabat tangan' itu tular di laman sosial.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 11 saat itu menunjukkan graduan program Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana dan Diploma beratur pada majlis konvokesyen ke-101 beratur dan disembur cecair pembasmi kuman sebelum bersalam dengan canselor mereka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Unit Hubungan Masyarakat Unnes, Muhammad Burhanudin, lapor Tribun News.

Iklan

"Ini kerana wabak ini semakin mengganas, jadi kita perlu titipkan kebersihan," katanya.

Netizen memuji usaha berkenaan kerana menjadi kaedah terbaik membendung wabak Covid-19 di negara itu.

Iklan

Indonesia juga mencatatkan kes pertama kematian akibat Covid-19 apabila seorang wanita warga Britain berusia 53 tahun yang dirawat di hospital di Bali meninggal dunia pada Rabu lalu.

Kata @putrimarina,"Tahun ini kita perlu pakai sarung tangan, itu pun idea yang bernas."

@pikijul33 pula menulis,"Di Universiti Jendral Soedirman juga menyediakan cecair pembasmi kuman di hadapan sebelum menyapa Canselor."

Setakat jam 11 pagi, video berkenaan telah ditonton sebanyak 257,000 tontonan sejak dimuat naik kelmarin.