Doakan wabak Covid-19 berakhir sebelum musim haji

Iklan
Zulkifli semasa majlis tahnik di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak seluruh masyarakat mendoakan agar penularan wabak Covid-19 berakhir sebelum bermulanya musim ibadah haji tahun ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk kerajaan membuat sebarang ketetapan berhubung peluang umat Islam menunaikan haji buat masa ini kerana tempoh permulaan musim haji masih berbaki empat bulan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini kita kena lihat ketika waktu yang hampir dengan masa ibadah itu, iaitu ketika mana hampir waktu haji.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Malaysia antara 25 negara digantung visa umrah

Iklan

Visa digantung sementara: Puluhan ribu jemaah terjejas

"Sekarang kita ada dalam empat bulan lagi, jadi kita doa kepada ALLAH SWT supaya wabak Covid-19 berlalu pergi (ketika musim haji)," katanya kepada pemberita selepas melakukan tahnik kepada lebih 40 bayi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Iklan
Zulkifli menyempurnakan majlis tahnik di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
 - Foto Bernama

Penerbangan pertama jemaah haji bagi tahun ini dijadual pada 22 Jun dengan 33,600 jemaah dijangka berangkat ke Tanah Suci.

Arab Saudi pada akhir bulan lepas memutuskan menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu susulan penularan wabak Covid-19 di Timur Tengah. - Bernama