9 taktik supermahal

Iklan
BAGAIMANA SEJARAH MELIHAT KITA?

Minggu lepas saya sampaikan syarahan keusahawanan. Tajuknya Momentum 2019. Perkara pertama yang diungkapkan adalah."Kita tidak akan gagal sehingga kita berhenti mencuba”.

Terus mencuba tanpa ada banyak rasa kecewa. Itulah formula supermahal yang kita perlu terus lakukan sepanjang masa bergelar manusia. Mereka yang pernah melalui jejak jaya ada berkata:

"Sekali kita pernah merasa terbang bersayap, mata kita selamanya akan memandang ke atas. Kita mahu kembali bebas di angkasa nan luas.” Usah terlalu banyak ambil masa bincang tentang"rumah orang". Tumpukan masa untuk bersihkan perkarangan rumah sendiri dari sampah sarap yang terkumpul. InsyaALLAH dunia akan bersih apabila setiap orang ambil tanggungjawab itu dengan riang.

Jika kita sekadar membaca apa yang ramai orang baca, kita hanya dapat berfikir apa yang orang ramai fikir. Untuk berbeza, sertai kelompok networking"circle of legends".

Ilmu sejati punya dua sayap. Dugaan mendatang hanya ada satu sayap. Ia penuh rancU dan jelajahnya pendek. Seumpama burung yang punya satu sayap, ia akan jatuh terhempap.

Mereka yang gila-gila melakukannya adalah mereka yang dapat mengubah dunia mereka. Mulakan dengan jadi perubahan yang kita ingin lihat dalam dunia ini. Tulis skrip kemenangan diri.

Temukan jalan dengan jiwa bersihmu. Supaya kita sampai ke tujuan destinasi yang kita impi.

TAKTIK SUPERMAHAL NO 1: BERDIRI ATAS BAHU RAKSASA

Kita jatuh atau bangun berdasarkan pilihan kosa kata. Perbendaharaan bahasa. Jika kita berada dalam satu kumpulan dan kita adalah yang paling pintar dalam semua perkara, itu petanda awal kejatuhan sedang bermula.

Segera keluar dari bangunan. Tuju ke medan pasaran. Pelajari perkara baru dan cari ilmu baru. Bertemu orang baru. Masuki circle of the legends.

Siapa lingkungan kita, banyak mempengaruhi prestasi kita. Fikiran besar yang diucapkan oleh strategis pintar akan banyak mendorong kita untuk memahami, bahawa sesuatu kemustahilan masa sekarang akan jadi perkara yang boleh dilakukan pada masa depan.

Ini dipanggil"emotional contagion” -penularan emosi positif. Ia merebak dan menggerak kita untuk terbang tinggi.

Minda bawah sedar kita amat berdaya kuasa. Ia segera mahu menceduk tingkah laku , pemikiran dan gerak tindak orang yang kita dekati dan rapati. Hubungan sihat"the circle of legends” amat membantu mengupayakan diri kita untuk pergi lebih jauh.

Kata mudahnya,"dengan siapa kita bergesel bahu” akan membentuk apa cara kita berfikir, berperilaku , melakukan sesuatu perkara serta siapa kita bakal"menjadi” pada masa depan.

TAKTIK SUPERMAHAL NO 2: LINDUNGI HARI KITA

Setiap hari yang datang ada terkandung khazanah berharga berupa 24 jam masa. Bagaimana kita gunakan secara berhemat 1440 minit yang datang bertandang itu akan berikan kita kelebihan yang menyenangkan ataupun ia bakal membawa hakisan menggelincirkan kita ke jurang bahaya.

Kita perlukan kemenangan kemenangan kecil setiap hari. Sekurang kurangnya cipta 5 kemenangan setiap hari. Ia mungkin bangun jam 4 pagi. Dapat solat sunat sebelum subuh. Solat subuh berjemaah. Puasa Isnin-Khamis dan sebagainya.

Sedekah beberapa ringgit di awal pagi. Berjalan 10,000 langkah setiap hari. Kurangkan makanan yang ada gula dan karbohidrat ringkas. Senyum dan berikan salam. Hadir kelas memandaikan diri. Berkongsi ilmu.

Tidak mudah. Namun. Boleh buat. Apabila kemenangan kecil ini berjaya kita himpunkan – 5 kemenangan kecil x 30 hari , sudah ada 150 kemenangan sebulan dan ada 1800 kemenangan setahun.

Himpunan ini akan jadikan kita sebagai orang yang ada fokus. Boleh beri tumpuan menyudahkan sesuatu perkara. Siap untuk berkorban. Ada disiplin yang ketat untuk sukses serta mempunyai stamina tinggi untuk kekal"berlari atas trek sendiri” sehingga capai destinasi.

Orang sukses secara konsisten akan jadikan 24 jam sehari sebagai gerak kerja berterusan tanpa henti meraikan setiap kemenangan. Penambahbaikan kecil apabila dilakukan secara berterusan akan bawa hasil yang menakjubkan.

TAKTIK SUPERMAHAL NO 3: VISION OF THE FUTURE

Bangunkan bidang yang di luar dari"realiti semasa" kita. Bina"vision of the future". Go Big. Start Small. Act Now.

Besarkan saiz otak. Besarkan saiz emosi. Besarkan cita cita. Bertahan dan terus berjalan sehingga tumbuh sayap untuk berani terbang.

Bangunkan raksasa baik dalam diri. Ganggu kebiasaan. Masuk zon luar biasa. Cari sesuatu yang tidak pernah muncul dalam mimpi semasa kita. Selesa dalam keadaan baru yang mungkin kita belum biasa.

Tanya pada diri"Apakah 10 perkara mustahil yang kita fikirkan semasa belum solat subuh sehingga kita yakin ia akan berlaku pada diri satu masa nanti". Lakukan secara konsisten selama 90 hari. Jangan berhenti walaupun sehari. InsyaALLAH ia akan bentuk tabiat diri.

Ini adalah peringkat"Deepest Level -Self Belief”. Jual visi besar kepada diri sendiri untuk 12 bulan akan datang. 365 yang indah bakal mendatangi kita.

Tulis atas kertas ataupun dalam note. Sebut setiap hari. Deklarasi secara terbuka. Sahabat Nabi, Ibnu Mas'ud r.a berkata,"Mulakan dengan dirimu dan maju lah ke depan".

TAKTIK SUPERMAHAL NO 4: JANGAN JADI BULLDOZER ORANG

Jangan jadi tukang gema suara orang. Jangan jadi bulldozer orang. Dikerah meneroka hutan belantara tanpa tahu ujung kisah mahu ke mana.

Bebaskan diri dari jadi manusia ikut ikutan. Mulakan berfikir untuk kumpulan yang lebih besar. Berfikir tentang kejayaan. Apa arti dan tujuan hidup ini?

Puan Guru saya mengingatkan,"salesman yang bagus itu macam harimau. Berburu sendirian. Businessman yang bagus itu macam singa. Berburu berpasukan”. Hakikatnya sehebat mana sekalipun harimau, sang singa juga yang jadi Raja di Rimba.

Di keliling kita banyak lingkungan menjual definisi kejayaan. Persekitaran juga menjual apa makna kegembiraan. Jangan beli definisi orang dan lingkungan.

Fahami diri dan berikan definisi tersendiri tentang kejayaan dan kegembiraan. Apa makna kejayaan harta dan material, disanjung merata dunia, apabila keluarga kita berantakan hancur berkecai.

Ada kecerdasan lain dalam hidup. Ia bukan jadi Pak Turut. Ia tentang mata air yang melimpah. Suatu kesegaran di pusat dada. Pengetahuan dari pancuran. Dari dalam diri. Meluap keluar.

Semua yang ingin kita tahu ada dalam diri. Dalam nilai peribadi. Dalam impian sanubari. Kembali pada diri. Sejati sucikan hati. Kita akan tahu segala yang perlu kita tahu.

Singa yang memorakperandakan barisan musuh hanya lah pahlawan kecil, jika dibandingkan dia yang berjaya takluk dirinya sendiri.

Jangan jadi tukang gema suara orang lain. Jangan jadi bulldozer orang. Jadi lah pemenang agung dalam tim yang saling mendokong.

TAKTIK SUPERMAHAL NO 5: EKONOMI KEDERMAWANAN

Sertai Ekonomi Kedermawanan. Ini ekonomi era baru. Kontribusi dan berkongsi. Memberi tanpa nanti, berkongsi tanpa tapi.

Ekonomi lama adalah ekonomi kekurangan."Short supply”. Tidak berkecukupan. Minda dahulu mengajar, ambil sebanyaknya dari seramai orang. Akan ada kelompok kecil pemenang dan kelompok majoriti pecundang.

Berbeza sekali dengan"new economy”. Lihat dunia dengan pandangan kemakmuran dan kelimpahan. Mereka yang menolong ramai orang, akan sukses. Jadi pemberi, tangan yang di atas.

Mereka yang siap bantu orang lain untuk capai impian. Bina keterujaan obsesif pada satu perkara. Apakah perkara itu? Hasrat membara mahu mengalirkan nilai baik kepada seramai orang mungkin. Percaya bahawa kehidupan akan lebih bererti apabila kita memberi. Memimpin dengan berkhidmat."Truly lead is to serve”.

Sebahagian besar pencerahan datang lewat pengalaman dan perasaan. Ada suara yang tidak gunakan kata kata. Dengarkan suara itu. Suara hati yang sentiasa pancarkan kebaikan untuk diri, membantu orang lain untuk sukses.

*** (Bersambung minggu hadapan)