Tidak dipilih MB Perak, Saarani positif

Iklan
Saarani positif menerima makluman pelantikan Menteri Besar setelah dikelilingi rakan kepimpinan parti.

IPOH -"Tak apa, saya okay... perjuangan tetap diteruskan,” demikian reaksi Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika dimaklumkan mengenai pengesahan pelantikan jawatan Menteri Besar Perak yang ke-13.

Beliau spontan memberi reaksi positif itu selepas dikelilingi rakan sejawatnya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-59 anjuran Wanita UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, sambutan majlis meriah dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, ADUN Bukit Chandan), Maslin Sham Razman dan ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun serta Ketua-Ketua Bahagian UMNO Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dilantik semula Menteri Besar Perak

Iklan
UMNO calonkan Saarani Menteri Besar Perak

Majlis ringkas itu diadakan dengan memotong kek dan pulut kuning sebelum beliau bergerak ke Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, yang dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang.

Saarani memotong kek dan pulut kuning yang disediakan pada sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini di Bangunan UMNO Perak.

Bagaimanapun, Saarani enggan mengulas lanjut dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Iklan

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak.

Terdahulu UMNO mencalonkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi UMNO negeri itu bagi mewakili parti itu bagi jawatan berkenaan.