KOTA BHARU – Hubungan penyokong dan kepimpinan tiga parti utama di bawah Perikatan Nasional di negeri ini semakin akrab terutama selepas pembentukan Kabinet baharu minggu lalu.
Setiausaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, hubungan antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini cukup akrab dan intim, selain selari dalam melakukan apa sahaja perkara untuk pembangunan rakyat di Kelantan.
Iklan
Iklan
"Hubungan kita sangat erat, ia terdorong daripada hasrat rakyat ini sendiri yang mahu melihat satu penyatuan demi memastikan negara membangun dengan baik.
"Saya juga dikunjungi dengan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional. Alhamdulillah, apabila kita meletakkan rakyat di depan, maka semua urusan berjalan dengan baik. Insya-ALLAH,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Bantuan Beras di bawah Skim Al-It’am di Wakaf Bharu yang dihadiri lebih 200 penerima di sini, hari ini.
Pas sebelum ini berada di bawah Muafakat Nasional bersama UMNO. Bagaimanapun selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk barisan Kabinet baharu yang menyaksikan parti itu dan UMNO kini berada dalam blok kerajaan bersama Bersatu.
Che Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Menteri II, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Artikel Berkaitan