Covid-19: Waktu melawat di HSI dipendekkan

Iklan
649245

JOHOR BAHRU - Waktu melawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dipendekkan setengah jam pada tengah hari dan satu jam pada sebelah petang sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi notis makluman perubahan waktu melawat arahan pengarah hospital itu seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), bilangan pelawat juga akan dikurangkan dengan kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun dilarang sama sekali melawat pesakit di wad hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

Waktu melawat di hospital kini ditetapkan mulai jam 1 tengah hari hingga 2 petang (12.30 tengah hari hingga 2 petang sebelum ini) dan jam 5 petang hingga 6.30 petang (4.30 petang hingga 7 malam sebelum ini) setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan cuti am.

"Peraturan ini (mengurangkan bilangan pelawat, larangan melawat oleh kanak-kanak berumur kurang 12 tahun dan memendekkan masa melawat) berkuat kuasa serta-merta dan sebarang perubahan akan diberitahu kelak,” menurut notis makluman perubahan waktu melawat terbabit. - Bernama

Iklan
Iklan