Kilang simpan minyak pelincir terbakar

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah kilang tempat penyimpanan minyak pelincir di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II kelmarin.

KOTA BHARU - Sebuah kilang tempat penyimpanan minyak pelincir di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II di sini terbakar hari ini.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunakan buih khas bagi memastikan kebakaran kilang yang menyimpan bahan berasaskan minyak itu dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Bomba menerima panggilan pada jam 12.31 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian. Tiada sebarang kemalangan jiwa berikutan tiada pekerja berada di stor berkenaan semasa kejadian.

Iklan

"Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kepulan asap tebal boleh dilihat di udara berikutan kebakaran melibatkan sebuah kilang tempat penyimpanan minyak pelincir di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II kelmarin.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Hasimah Mamat, 47, berkata, ketika kejadian dia sedang melayan pelanggan di kedai makannya yang terletak 100 meter dari lokasi kilang tersebut.

Iklan

Menurutnya, dia terdengar bunyi letupan disusuli api yang marak dengan keadaan tiba-tiba kelam-kabut berikutan api menyambar dengan cepat.

"Ada yang membantu menelefon bomba dan ramai juga pekerja kilang bersebelahan yang membantu memadamkan api dengan menyimbah air sebelum pihak bomba datang memadam kebakaran,” katanya.