PUTRAJAYA - Kadar pengangguran pada Januari 2020 turun kepada 3.2 peratus berbanding 3.3 peratus pada Disember 2019, demikian menurut Jabatan Perangkaan.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada Januari 2020, bilangan penganggur seramai 511,700 orang, turun 1.0 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Iklan
Iklan
Menurut Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia, Januari 2020, menurutnya, kadar penyertaan tenaga buruh pada Januari 2020 kekal 68.9 peratus bagi dua bulan berturut-turut, namun meningkat 0.3 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (Januari 2019: 68.6 peratus).
Beliau berkata, bilangan tenaga buruh pada Januari 2020 meningkat 2.1 peratus berbanding Januari 2019 kepada 15.83 juta orang.
"Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.2 peratus kepada 15.32 juta orang,” katanya. - Bernama